Lari sebelum akad nikah

Disebabkan gagal menyediakan wang hantaran seperti dijanjikan, seorang lelaki dipercayai melarikan bakal isterinya pada hari perkahwinan mereka, Ahad lalu.
Difahamkan, lelaki itu berjanji memberikan wang hantaran RM10,000. Beberapa jam sebelum majlis pernikahan mereka, keluarga mendapati pengantin perempuan berusia 18 tahun tiada di rumah, dipercayai menghilangkan diri bersama bakal suaminya itu. 
Tindakan mereka menyebabkan puluhan jemputan termasuk saudara-mara dari Indonesia bukan saja menanggung malu, malah kerugian lebih RM3,000 berikutan pelbagai persiapan sudah dilakukan di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Bendahara di sini.

Berita begini memang dah biasa kita dengar kebelakangan ini, aku pernah baca entry dari blogger  *tak ingat sapa yang tulis*.  20 sebab lelaki kahwin lambat.  sebab pertamanya ialah tak mampu bayar duit hantaran dari pihak perempuan yang terlampau tinggi mengalahkan artis. 


Aku setuju pasal alasan tu sebab kita sendiri boleh lihat sekeliling kita, hantaran kahwin sekurang-kurangnya kena 10 ribu. kalau tak cukup, jangan mimpi lah nak kahwin ye..

Kebetulan pula, petang tadi aku ada bersembang dengan seorang makcik masa tunggu turn jumpa doktor, aku tak tanya pun dia, dia yang bercerita.Setengah jam aku tunggu giliran, lama tu lah aku dengar dia bercerita. layan kan je la..



Makcik : Haritu ada laki masuk meminang anak makcik, pihak sana tanya berapa hantaran     kahwin nanti. Makcik tanya balik kat diorang. brapo dorang boleh bagi sebab kena ikut kemampuan pihak lelaki.


aku : Kenapa makcik tak letak RM10 000 je?

Makcik : Ish, makcik ni bukannya nak jual anak. Buat apa berhutang semata-mata nak bayar duit hantaran, nanti lepas kahwin sama-sama bersusah nak bayar duit hantaran tu kan.

aku : (eh, macam nak marah aku pulak)  Jadi berapa dorang letak?

makcik : Rm 6 000 je dorang mampu katanya, Makcik tau dia tu bukan orang senang pun, yang penting dia dapat jaga anak makcik. tak gitu?

aku : *angguk-angguk jo lah*

Aku suka makcik tu cakap "aku bukan nak jual anak" . Sebab selalu gak lah aku dengar, duit hantaran ni ikut tahap pendidikan si perempuan.  Betul ke? 



1 KOMEN BERKOTAK BULAT:

nazirulhazwan~ said...

Guwa snggup byr rm30k utk gadis yg hidupnye mengikut ajaran islam dengan baik dan pandai mengurus rumah tangge.

Stakat ade phd tp.skill.memasak,skill urus rumah tangge thp tadika.ape.gune.hee

Post a Comment