Jom join bloglist kotak bulat

Jom join bloglist kotak bulat! tak perlu buat entri, cuma tinggalkan url blog korang sahaja di entri ini.. nanti aku akan update kan ke dalam blog bloglist aku.. follower semakin bertambah.. blogwalking tak tahu nak mula dari mana.. aku pun memang ada blog untuk bloglist dari dulu, cuma tak banyak lagi link dalam blog tu..jadi sekarang aku nak kemaskan blog tu..

Dengan adanya bloglist ni, mudah aku nak blogwalking bila ada masa terluang.. berminat? tinggalkan link ye kat entri ni..

kalau ada yang berminat nak tukar link dengan blog aku.. erm, tukar link tu maknanya aku letakkan link blog korang kat blog utama aku ni dan korang pun buat benda yang sama.. caranya, tinggalkan url blog kat komen ni macam contoh ni:
nk tukar link
http://nazihanali.blogspot.com/

mudah kan?

soalan membawa maut!

Selamat berhari minggu.. Sesak nafas aku rasa nak menjawab 44 soalan yang ditanya oleh kawan blogger ni.. itu sebabnya soalan membawa maut sebab penat nak menjawab ni.. alkisahnya, 4 blogger telah tag aku untuk satu game.. jadi aku join ye..

The Rules
1. You must post these rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


11 thing about me..
  • my name Nurul Nazihan
  • umur ? 21 tahun
  • tarikh lahir? 6.12.1990
  • aku anak kedua dari tiga adik beradik
  • tahun akhir di politeknik merlimau
  • makanan kegemaran? errr... entah.. tapi aku tak makan asam pedas.
  • minuman kegemaran? err.. aku layan teh ais.. tapi aku suka jugak teh ais laici..hehehe..
  • warna kegemaran? blue!
  • ada lesen moto
  • pernah patah peha dan ada besi berharga RM800 dalam peha aku..hehehe
  • suka panda.. dan kenal seorang yang macam panda.. tapi dia tak bagi aku panggil dia panda.. hurmm..
1. soalan yang ditanya oleh cik ara

1. Apa pendapat korg tntg blog IZARA ni?
blog ara warna hitam.. hehehe... 
2. ARA ni kowg rase org yg camne?
- peramah dan best!
3. Korg na kawen umo bpe ? 
- err.. 27 kot..
4. Kalo kawen anak na brape?
- Peh! tak pikir lagi ni..
5. Kalo bukak blog korg gne browser apa ? (chrome , mozilla , etc)
- google chrome
6. Korg suka blaja ta?
- suka! insyaallah nanti nak sambung degree..
7. Korg Suka makan budu ta?
- tak pernah makan..
8. Pernah dtg Kelantan?
- tak pernah
9. Pernah x jumpa bloggers kt luar?
- Pernah.. tapi bukan gattering la..
10. 3 sbb dr mane idea ntok name blog kowg.
- dari bilik yang macam kotak, nak cari keunikan dalam nama blog, spontan..
11. Korg suka ta klik iklan yg ada kt blog bloggers ?
- suka bila aku ada mood.. tapi kalau line slow, aku tak klik.

2. soalan yang ditanya oleh sha
1. Nama penuh dan suka orang panggil apa?
Nurul nazihan binti mohd ali, suka orang panggil jihan je
2. Umur
21 tahun
3. Apa pekerjaan sekarang? (termasuklah student).
sudent
4. Apakah nama dan tempat belajar/kerja korang?
politeknik merlimau
5. Siapakah orang yang paling korang sayang?
family.. :)
6. Sejak bila berblogging?
sejak bulan 5 yang lalu
7. Adakah serius berblog?
serius? tak kot.. samil-sambil je ni..
8. Kenapa berblog?
sebab minat menulis dan merapu
9. Bila nak berhenti berblog?
bila sampai menutup mata.. hehehe
10. Korang ada martial art? Apa pandangan korang terhadap martial art (seni mempertahankan diri)?
no komen... no komen..
11. Siapa yang banyak membantu anda/ kawan baik dalam blogging dan sertakan ucapan penghargaan untuk mereka.
bungacantik.. sebab dia yang ajar aku cara nak buat blog.. kiranya sifu aku la.. ucapan? selamat berjaya! lalala~

3. soalan yang ditanya oleh yasmin
whats you nickname in your family ?
nayan.. (jangan tanya kenapa)
- do you love purple colour ?
yup! i love it..
- do you have boyfriend ?
boyfriend? nope.! im single..
- what is your ambition ?
emm... mechanical enggineer.. or lecturer in mechanical..
- how old are you ?
21 years old
- what is your hobby ?
sleep.. sleep.. blog.. hehehe..
- you love makeup ?
makeup? not really.. i love natural face..
- you have own lappy ?
yup.. i have compaq..
- whts type of your handphone ?
nokia 5230 and nokia 1280.. 
- do you have a kind sister ?
yup.. 
- whats you favourite drinks ?
teh ais! nyummy! 

4. soalan daripada khairunnisaatikah
1. Korang penah korek idung tak ?
korek idung? emm.. tengah buat la ni.. 
2. Lepas korek idung , korang buat ape ? haha
menaip..hahahha
3. Kalau korang ade Kuasa Power, ape yang korang buat ?
kalau aku nak terbang, jumpa my panda tiap-tiap hari..
4. Ape yang korang buat bile ade orang yang kurang siuman kejar korang tak henti2 ? haha
berhenti.. lepas tu kejar dia balik..hahaha
5. Ape perbezaan couple n scandle ? kui3
bila couple, kita boleh control dia.. kalau scandle, kita tak boleh bising kalau dia keluar dengan orang lain.. aku lagi suka scandle..
6. Korang ade blog tak ? #sah2 soalan gile . haha
gila! hahhaa, mestilah ada..
7. Bayangkan , korang pi jenjalan . Tibe2 tgh jalan2 depan orang ramai , seluar korang terlondeh . haha . ape korang buat ?
terus cangkung, buat-buat macam nak berak kat situ..
8. Mase kecik2 kan , korang suke maen ape ?
main lumba lari, lompat dalam guni.
9. Contoh lah yer , korang tengah sedap2 makan , tetibe gigi palsu orang sebelah jatuh kat dalam makanan korang , ape yg korang akan buat ? teruskan makan ker , b'henti makan or belasah org tu sebab ilangkan selera korang nak makan . haha
tutup mata, makan je terus..
10. korang nie perempuan ker laki ? hehe
perempuan! muktamad dan tanpa ragu-ragu.
11. ape macam dengan soalan nisa , best tak ? ekeke . Jawab yer .
soalan gila diberi jawapan gila.. lalala~


ok, sekarang giliran aku bagi soalan
1. beri satu perkataan untuk menggambarkan tentang blog kotak bulat ni
2. Apa pendapat tentang entri yang di tulis dalam blog kotak bulat. (contoh, bosan, lawak, blah..bla..bla..)
3. anda percaya atau tak pada iklan sabun di televisyen? (sabun basuh baju)
4. Setuju atau tak yang maharaja lawak mega tak best? berikan sebab..
5. kalau anda dihantar ke satu pulau yang kosong dan perlu hidup disana seumur hidup, anda hanya boleh bawak 3 barang sahaja. anda bawak apa?
6. berikan satu tips anda mendapat ramai follower
7. berapa lama biasanya anda ambil untuk sembuh dari kecewa cinta?
8. pernah jatuh cinta / minat dengan rakan blogger?
9. adakah korang rasa aku sombong? jujur ok!
10. pernah tak anda kencing dalam seluar? tipu dosa.. hahaha
11. berapa income nuffnang anda sekarang?
untuk soalan aku tu, aku tag..
1. mohd naser
2. faridah
3. ezad
4. bro ahmad
5. imbobome
6. speakersekolah
7. cheksunnyboomboom
8. hatikubaik
9.acik
10. lzulxocraxme
11. msredcheesecake

p/s : aku rasa.. 99% orang yang baca entri ini hanya baca sekali lalu sahaja.. hahaha.. betul kan..

Bosan sudah dengan blog

BOSAN! bosan aku tengok blog aku ni.. hahaha..
nak buang, tak sanggup pulak rasanya..
jadi aku cari template yang cantik..
Hijau!
(tak ada biru dah.. nak tukar selera)
Panda!
( er.. aku da ada panda yang boleh aku tengok hari-hari..lalala)

eh, ni pun nak bagitau ke?
sukahati la..  kalau aku tak bagitau, mana ada yang perasan lah!
blog terpinggir macam blog aku ni.. kena bagitau, baru orang perasan perubahannya..
Hurrmmm...
ok, teremosi pulak..

Dah lah! nak tolong mak aku main game.. kejap lagi aku blogwalking ye! lalalala~~
~~indahnya dalam hati~~

p/s :  wahai jiran-jiran ku.. aku tak tau nape feed blog korang tak keluar kat sidebar tu..

Malaysian punk muslim

Malaysian punk muslim adalah satu page yang di buat di facebook oleh orang malaysia kita dengan tujuan berdakwah.. aku rasa ia mengikut page daripada indonesia sebab info tentang page ni menggunakan bahasa indonesia..

Admin page ini mengaitkan punk dengan islam, di mana islam dan punk boleh disatukan. mereka mengaku diri mereka punk tapi masih beriman? aku ikuti page ini sejak dua tiga hari yang lalu, banyak yang buat aku ketawa dengan hujah masing-masing. Kawan aku yang tunjukkan page ni pada aku dan kawan aku tu memang budak punk. Dia bagitau aku tentang cara hidup punk dan tak ada apa yang boleh mengaitkan punk dan islam.

Punk satu elemen muzik sedangkan islam adalah agama yang suci. Apakah ini bermakna hanya dengan menambah perkataan muslim di belakang perkataan akan menjadikan orang itu seorang yang beriman? contoh macam pembunuh muslim, skinhead muslim.. adakah nama menghalalkan cara?
Aku rasa admin banyak mengelirukan orang tentang apa yang cuba disampaikan..

Niatnya baik untuk berdakwah, tapi tajuk page tu yang tak betul! aku dan ramai umat islam mahupun budak-budak punk sendiri rasa lebih baik tutup page tu  menyuruh admin menutup page malaysian punk muslim tu. Aku setia mengikuti perkembangan page tu untuk melihat sama ada admin dan sekutunya menjawab setiap persoalan yang budak-budak punk tanya, tapi hampeh.. jawapan tetap tak dijawab malah banyak merendah-rendah pendapat orang lain dan mencarut! Inikah dakwah?

Bagaimana mengaitkan punk dengan islam? sedangkan ia berbeza..
- Gig punk bercampur laki dan perempuan
- pakaian punk berbentuk tengkorak dan gambar-gambar yang entah apa-apa
- muzik punk melalaikan

Aku takut.. page ini akan meracuni fikiran remaja bahawa menjadi punk dan mengikut cara punk itu diterima agama. Betul ke?


p/s : aku bukan seorang yang arif tentang agama, jika ada yang silap kata.. aku mintak maaf..

Betul kawan saya kata~

Pada suatu hari, Ahmad keluar berjalan-jalan dengan girlfriend dia, Milah.. tiba-tiba, Ahmad tersengih sorang-sorang dan seolah-olah mengelamun. Milah jadi pelik bila Ahmad senyum sorang-sorang macam kerang busuk..

Milah     : kenapa tersengih?
Ahmad. : hehehe..
Milah     : Ingat perempuan lain le tu..
Ahmad  : hehehe...
Milah     : Cakap lah.. Haa, tak jawab tu maknanya betul lah tu kan! Awak dah tak sayang saya ke?
Ahmad  : hehehe..
Milah     : Sampai hati awak kan! siapa perempuan tu?!
Ahmad   : hehehe..
Milah      : HUh! saya tak sangka awak sampai hati dua kan saya kan.. cakap lah awak.. siapa perempuan tu! (hentak-hentak kaki)
Ahmad   : hehehe..
Milah      : kalau awak tak suka saya lagi, tinggalkan saya!


Akhirnya ahmad bersuara..
Ahmad : hehehe.. kawan saya kata, cuba sengih sorang-sorang masa keluar dengan girlfriend.. tak payah cakap apa-apa pun dorang dah boleh pikir bukan-bukan dan membebel..
Milah    : Haa? (tercenggang)
Ahmad : Betul la tu ape kawan saya kata tu.. ( berjalan  tinggalkan si Milah )

KAHWIN MUDA semasa belajar

KAHWIN MUDA SEMASA MASIH BELAJAR? bagus ke?
  • Ditanya pada pasangan yang bercinta, "lebih baik kahwin daripada melakukan maksiat tanpa ikatan yang sah.. sekurang-kurangnya bila sudah berkhawin, aku halal untuk menyentuhnya.."
  • Ditanya pula pada golongan ibu bapa, wajarkah merestui anak yang ingin berkhawin semasa mereka masih sedang belajar? Jawapannya pasti.. "habiskan lah belajar tu dahulu,dah dapat ijazah nanti pikirkan soal kerja dan kemudian barulah kahwin.. "
  • Pandangan masyarakat pula bila melihat anak kenalan kahwin muda : " adalah isi dalam perut tu.. tu yang kahwin awal"

Pandangan aku pulak, aku tabik pada mereka yang ingin berkahwin pada usia muda, bukan mudah seorang remaja ingin mengorbankan masa remajanya dengan mendirikan rumah tangga kan, tapi kerana takut berterusan melakukan maksiat dan dosa, maka si remaja ingin mendirikan rumah tangga walaupun masih belajar. Belajar maksud aku bukanlah semasa sedang ambil PMR tau, maksud aku mereka yang sedang belajar bagi mendapatkan ijazah. Di mana fikiran mereka sudah matang dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga, tetapi mungkin duit dan ibu bapa menjadi penghalang utama. 

 Mentaliti ibubapa yang mengunci minda mereka tentang kahwin hanya setelah anak mampu dari segi kewangan perlulah di ubah!  Duit boleh dicari sebab sekiranya si lelaki sedang belajar, insyaallah selepas belajar dia akan mendapat kerja yang baik.

Daripada melihat anak-anak kita kena tangkap khalwat, mengandung anak luar nikah.. kenapa kita tak izinkan sahaja mereka berkahwin muda??  alasan sebab si anak belum mampu membina sebuah keluarga?  Cis! alasan lemah tu! kalau dia rasa tak mampu, tak mungkin si anak berkeputusan nak berkahwin dan memegang tanggungjawab berkeluarga kan..Belum ada duit untuk membina keluarga? Cukuplah buat kenduri kecil-kecilan, terus hidup sebagai student dan belajar seperti biasa, bezanya dulu sendirian tapi kini sudah beristeri/bersuami.. Mesti korang ada pikir.. 
" eleh, budak tu nak kahwin sebab nak main atas katil je tu"  
Silap! silap tu.. kalau nak main atas katil je, sebelum kahwin pun dorang dah boleh buat, tapi dorang pilih untuk berkahwin.. sebab apa? sebab untuk mendapatkan keredhaan Allah dan restu ibubapa atas hubungan mereka..  lebih baik budak tu enjoy belakang ibubapa mereka kan.. bukannya orang tahu, malah tak perlu bertanggungjawab pun.. Tapi mereka pilih untuk berkahwin.. kenapa? pikirkan..

ibubapa perlu duduk berbincang bersama anak yang ingin berkahwin dan pasangannya, jangan terus menolak tanpa mendengar alasan dan sebab mereka. Aku pasti mereka punya sebab kenapa ingin berkahwin muda. 
Percayalah, remaja sekarang lain perangainya dari remaja 10 tahun lepas ye..

kesimpulannya, ubah corak pemikiran kita..

Kisah Si Telur~ (wajib baca)



bapak aku ni
Nama Aku kotak bulat.. aku sebiji telur.
Nama glamour aku KB. Aku dilahirkan kat reban ayam mewah di tempat perternakan ayam.
Mak aku ni cun..jadi rebutan lelaki masa dia muda tau. tapi bapak aku pandai tackle mak aku sebab bapak aku jaguh kampong!*kagum*.
 Jadi aku mesti jadi rebutan ayam-ayam betina kat negara ni bila dah besar nanti.. hahaha.. 
eh! Lupa nak bagitau, aku jantan tau!


Masa aku lahir, aku asyik senyum je..tersengih sorang-sorang.. Mak aku pun jadi pelik.

Mak: ko ni da pehal?
Aku : hehehe..tak sabar nak menetas, nak jadi besar dan hebat macam bapak.
Mak: jangan nak suka sangat! Nasib kita nanti kita tak tau lagi!
Aku: Ah! Mestilah aku akan jadi ayam jantan yang hebat macam bapak! Aku pasti tu!

Masa berlalu, aku masih sebiji telur lagi sedangkan adik-beradik aku da jadi anak ayam yang comel. Dorang ejek-ejek aku ,nganjing-nganjing sebab aku tak menetas lagi. Aku tanya mak aku.

Aku: Mak, kenapa aku je belum menetas lagi?
Mak: tak tau lah nak..sabo je la~
Aku: tak pe! Aku mesti menetas nanti! Sebab aku akan jadi macam bapak! Aku akan jadi kuat..waktu tu nanti, tiada sape gelakkan aku..aku akan belasah dorang yang gelakkan aku! *berlagak*

Tak lama lepas tu, bos aku datang, tiba-tiba je dia amik aku. Kemudian kumpulkan aku dengan telur-telur yang lain. Dia nak bawak aku pergi dari keluarga aku lah tu!

Aku: oii!! Macam mana aku nak menetaas kalau aku duduk dengan dorang ni! Bawak aku balik lah!
*Cis! sia-sia..Terlupa pulak aku ni telur je!*


Aku dimasukkan ke kilang, pastu disusun ke dalam bekas telur.. aku tak tahu apa dorang buat kat aku.. Aku mana ada paruh nak patuk dorang, tangan pun tak de untuk pukul. Aku menyampah dengan keadaan aku sekarang! Tak pe! Tunggulah nanti bila aku dah jadi seekor ayam, aku akan balas dendam! *niat jahat*

Semasa di dalam pasaraya, aku dibeli oleh seorang perempuan comel dan baik, namanya Nazihan 
*lalalala~~ bersiul,mata pandang atas*

Dia bawak aku pulang dan simpan dalam peti ais bersama-sama dengan telur yang lain. Rimas betul aku dengan dorang ni! Berhimpit-himpit dalam tempat yang kecil. Tak setaraf dengan aku! Aku ni bakal jadi ayam hebat tau x!*cakap dalam hati*

Tak lama aku lepak dalam peti ais tu, tuan aku keluarkan aku!
Dia bawak aku pergi dapur
Dan.. *tengok gambar suda*

Berakhirlah riwayat aku..



Kesimpulannya, jangan nak banyak berangan lebih-lebih sangat, belum ada apa-apa da berlagak,riak,sombong,angkuh,bongkak..hehehe..
Dan lalui hidup kita dengan senyuman sebab sampai satu masa,kita akan pergi jugak…Masa depan kita tak tahu kan.. *sesuai ke*

P/s : rekaan semata-mata.. tak de kena mengena dengan KB.

Misteri cakaran pada muka!

Pada suatu pagi, seorang gadis baru bangun tidur,  terus pergi mandi dan basuh muka. tiba-tiba dia terjerit sebab terasa pedih di pipi. Dia jadi mengelabah gila sebab dia tak tau sejak bila ada luka kat pipi dia.. nak kata jerawat, rasanya tak ada jerawat pulak semalam.

Pantas selepas mandi, gadis tersebut mencari cermin..  3 garisan lurus panjang  dipipinya! Adakah dia terkena cakar saka harimau? Dia cuba mengimbau punca benda tu muncul. pikir punya pikir, akhirnya dia tau.. nyamuk puncanya! dia mengalami kegatalan yang serius pada pipi setelah di gigit nyamuk semasa tidur. Ini mendorang gadis terbabit menggaru pipi dengan rakusnya sambil mata masih tertutup. Kenikmatan semasa menggaru memang susah nak diungkapkan kan..

Jahat nyamuk tu? Eh, bukan salah nyamuk.. kuku dia tu yang panjang.. Malas sangat potong kuku, kan dah tercakar muka.. hahahha.. padan muka kau! padan mukaaa!!!!

p/s : sorry tak sempat blogwalking.. terima kasih kerana membaca entri serius aku ini..

p/s : huh, gadis itu sebenarnya aku!

segment : jalinan ukhwah bersama cik Atiera

hari minggu ni terasa nak layan segmen pulak, jadi jom join!


Nama : nurul nazihan ali
umur : 21 tahun, masih study..
hobi : err.. layan internet, dating, membebel, belajar photoshop, tidur!
asal : alor gajah melaka
target nak kawin : 27 tahun... hahhaha.. ok, abaikan yang ni

aku tag semua orang yang baca entri ni ye.. 

DUA BLOGGER BERTUAH

Apa khabar hari ni? sihat? aku tak sihat lagi ni.. batuk-batuk je ni.. lagi best semalam pekena teh ais. Peh! terbaik! Hari ni aku selesai edit DUA BLOG BERTUAH yang join segmen ringkas aku.. hasil kerja tangan aku memang aku mengaku tak berapa indah pun sebab aku kan budak mekanikal jadi bila sampai kena jadi kretif, aku memang hancuss...

Blog pertama yang aku edit ialah blog fantasi era
era nak warna pink, ada domo.. dia  nak guna template dia yang sedia ada je jadi aku ikutkan.. tak banyak aku ubah.. background blog tu blog era seorang je yang ada tau sebab aku design ikut theme blog dia.. fantasi kot.. jom tengok rupa blog dia yang aku dah hancurkan..hahahha..


blog kedua yang aku edit pulak ialah blog puteri eima.
Blog ni mengingatkan aku masa mula-mula ada blog dulu.. semua benda nak letak dalam blog..semua widget nak cuba kan..  untuk eima, sorry ye sebab banyak buang widget dalam blog tu.. aku buang sebab nak bagi blog tu ringan dan lebih kemas.. kita mesti nak orang senang datang blog kita kan, tu pentingnya blog mesra pengunjung. Tapi kalau lepas ni eima nak pasangkan semula widget-widget tu, terpulang sebab tu blog eima kan..


Siap! pada yang lagi dua pemenang... tunggu ye, insyaallah nanti aku post.. aku bukan sengaja lambat-lambatkan.. tapi setem yang kat pejabat pos sini, gambarnya tak menepati citarasa aku.. hurmm.. ( alasaannnn~)

kucing mengeletek tekak

Kebelakangan ni cuaca tak menentu, kejap hujan.. kejap panas terik jadi memang ramai orang tak berapa sihat kan.. aku pun tak berapa sihat ni.. Ok, aku  nak cerita ni..  Masa aku tengah keluar makan dengan kawan aku, aku batuk-batuk lagi jadi dia tanya aku. " kenapa batuk-batuk je ni? "
 " rasa ada bulu kucing la kat dalam tekak aku ni"

Tengah aku khusyuk-khusyuk tahan batuk, aku dengar kawan aku gelak macam kedai tu bapak dia yang punya! Emm,dia gelakkan aku, dia kata aku gila..
Aku nak tanya korang, kena jawab dengan jujur la..

 Betul kan bila kita batuk terasa macam ada bulu kucing duk mengeletek kat tekak.. Kan?

Topup Tidur

sejak dua menjak ni asyik sibuk saja, cuma semalam aku free sepanjang hari sebab tak ada kelas pun.. Bila sepanjang hari tak ada kelas jadi aku pun merancang macam-macam untuk dibuat hari ni.. aku rancang nak..
1. study mathematic
2. Basuh baju
3. Masak kat rumah
4. Buat proposal projek

Tapi sebelum buat semua tu, aku tidur dulu.. kononnya nak kumpul kan tenaga.. disebabkan seronok tidur dan keempukan bantal aku terasa berlainan hari ni, susah aku nak meninggalkan katil..

Tidur punya tidur, dah sampai tengah hari. Aku bangun pergi mandi, makan dan buat apa yang perlu. Apa yang dirancang aku belum buat lagi ni sebab tiba-tiba terasa nak layan movie. Habis je movie kartun yang aku tengok, aku rasa mengantuk jadi aku tidur. Tapi aku kunci jam nak bangun pukul 5.. Pukul 5 tu aku bangun tapi aku tak ingat aku buat apa.. Err.. yang aku ingat lepas tu aku tidur balik..

Macam tu la aktiviti aku semalam, bangun tidur makan pastu tidur balik.. Hancur semua plan aku.. Hujan lebat tu semalam, memang terbaik le tidur.. lagipun aku topup tidur aku yang tak cukup sebelum ni..hehehe.. tidur pun pakai topup la..

Kawan serumah mandi bogel !

memang benar apa yang dikata oleh kawan serumah aku bahawa mandi bogel itu memuaskan dan mengasyikkan. Aku berasa sangat gembira bila terlihat orang mandi bogel.Perasaan marah bergelora dalam jiwa ketika mata bertentang mata lalu terlintas di fikiran jahatku mahu mengambil colgate kepunyaan kawanku yang menggunakan berus gigi berperisa strawberi dan jamban rumah nenek chadek sangat harum baunya. Kesyahduan di rasai saat kita mendengar tangisan bulan februari dan november berlumba berkejaran di persisiran jalan.

aku kadang-kadang teringin mandi bersama dengan nenek chadek tetapi segan, nafsuku tidak stabil tatkala berada disisi orang tua itu. Peh! power tu body nenek chadek bila dia mandi bogel! Naluri kewanitaan aku mengatakan yang dia pasti mengambil susuk emas dibawa belayar ke serata malaysia. Nenek itu memang cute tapi tua dan berkedut tapi power ranger warna pink! Baru aku sedar kehebatan nenek itu.

Rupa-rupanya chadek adalah cucu kepada pewaris jari hantu! atuk dan moyang chadek sebenarnya hantu bertopengkan manusia.. Dalam keasyikan gelap malam bulan mengambang pasti terang sang mentari pasti muncul dalam air teh boh campur susu lemak kambing gurun sahara.

Nenek menangis bila saya mengutarakan pendapat bahawa power rangers biru lebih kacak daripada atuk chadek. Dengan lafaz ikrar dia menutup badan dengan daun keladi.
 "Aduh! sakit kaki aku berlari berkejaran dengan power root 3 campur 1"
" kenapa awak menjerit bila minum saya? " Sambil mengerutkan dahinya.
" makcik takut nanti makcik kuat semula dan lincah berlari dalam guni"
Begitulah pengakhiran hidup seorang kawan serumah yang mandi bogel dan mengamalkan sikap pentingkan berus gigi berbanding pencuci mulut.

sekian..


p/s : ok.. memang mengarut cerita ni.. jangan salahkan aku sebab entri ni bukan aku yang tulis.. kawan-kawan serumah yang bosan menunjukkan bakat dalam mencampur adukan perkataan dimana bergilir menyumbang 1 perkataan seorang sehingga menjadi sebuah karangan UPSR paling merepek! jangan salahkan aku~~

vokal bukan sekadar rupa

rancangan realiti televisyen bukan sekadar rupa rasanya akan mendapat peminatnya sendiri memandangkan tak ada rancangan nyanyian yang macam ni. aku menunggu jugak macam mana rancangan ni akan dijalankan..Menarik sebab pada minggu pertama ni, peserta menyanyi di belakang tabir dan juri menilai berdasarkan suara mereka.

Tapi aku pikir jauh pulak, lepas rancangan ni habis, apa pula nasib si peserta? apakah seperti peserta rancangan realiti yang lain? hilang lepas pertandingan berakhir?? ok, aku dah terlebih pikir pulak hal ni..hahaha..

layan saja rancangan ni, kalau ada peminat yang gila.. boleh lah undi dorang..hahaha..

Pemenang Untuk Segmen kotak bulat!

Sampai masanya aku umumkan mereka yang menang untuk segmen aku pada minggu lepas..

1. 2 blog yang menerima hadiah edit blog 
http://puterieima.blogspot.com
http://budakkiutmiut97.blogspot.com

( sila tinggalkan pesanan kat fanpage kotak bulat supaya aku boleh add korang ye )

1 penyumbang trafik terbanyak dan 1 blog mempunyai komen terbanyak akan menerima hadiah misteri . hadiahnya ialah button brooch
2. penyumbang traffik terbanyak ialah :

3. pemenang komen terbanyak 

( emailkan nama dan alamat penuh pada nazihanali5334@gmail.com )

Sekian, terima kasih..heheheh..

Segmen saya nak edit bog telah ditutup!

Assalamualaikum.. minggu lepas aku ada buat segmen ringkas.. segmen saya nak edit blog.. mulanya aku kata  akan edit 3 blog, tapi terdapat sedikit masalah kerana aku kekurangan masa, jadi aku akan edit 2 blog sahaja.. Harap maaf atas kesulitan yang aku alami..

1 blog yang menyumbang trafik tertinggi ke blog aku dari entri tersebut akan dapat hadiah misteri..
dia yang bertuah tu aku akan umumkan pada entri seterusnya.

1 blog yang memiliki komen terbanyak juga akan dapat hadiah misteri dari aku. Ini juga akan aku umumkan pada entri seterusnya.

aku senaraikan mereka yang join..
http://puterieima.blogspot.com
http://ribut-mengundang.blogspot.com
http://budakkiutmiut97.blogspot.com
http://mashimaro91.blogspot.com
http://www.trioseposen.com
http://faridahnazuahthesinge.blogspot.com
http://skytechxtreme.blogspot.com
http://citrananizam.blogspot.com
http://malaysiascore.blogspot.com
http://ciksufarida2.blogspot.com
http://eerashera.blogspot.com
http://kpopfa93.blogspot.com
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com
http://bellalunana.blogspot.com
http://syuk6692.blogspot.com
http://nurulshiraz.blogspot.com
http://miszcahayagembira.blogspot.com
http://storycikhoneybee.blogspot.com
http://cendawanbirucinta.blogspot.com
http://arituarini.blogspot.com

Saya nak edit blog percuma!

Entri melekat!

ada sesiapa nak blognya di edit sepenuhnya secara percuma? tengok blog aku.. aku buat simple,ringan tapi sedap mata memandang.. aku nak buat satu segmen mudah memandangkan minggu ni aku sedikit sibuk dengan projek akhir aku.
blog bukan saja kena cantik, yang penting ringan kan?

Berminat? mudah je..

1. Buat entri " Saya nak edit blog percuma!"
2. letakkan header aku ni dalam entri tu ye..

3. like fanpage aku..ehemm..
4. cerita sedikit kenapa ingin blog anda di edit.
5. linkkan ke entri ini dan tinggalkan link di sini ye.

hadiahnya!
1.  3 blog akan dipilih - edit / ubah blog sepenuhnya.. template+header
2.  2 penyumbang trafik tertinggi untuk segmen ini akan mendapat hadiah misteri!
3. 1 perserta dengan komen terbanyak pada entri tersebut akan dapat hadiah misteri!

Pemilihan adalah di tangan aku dan keputusan adalah muktamad nanti ye..

tarikh tutup : 15/ 10 / 2011

TUTUP!

Jom Terjah Blog Newbie

Blogger famous buat segmen lagi ni! kena lah join kan.. walaupun lambat, tapi memang aku dah pasang niat nak join segmen ni, insyaallah kalau sempat aku akan blogwalking ye..

Cara nak join senang je..
1. Kena buat entri "jom terjah blog newbie"
tapi kalau tak newbie pun boleh join! support blogger yang baru nak naik.. 

2. letak gambar panda ni kat entri tu.. comel gila!!!!


Er.. ok, sila jangan percaya..korang sebenarnya kena letak gambar banner bawah  ni kat dalam entri korang.

3. kena nyatakan entri terbaik.. entri aku tak ada yang terbaik.. tapi aku nak kongsikan sesuatu yang berguna untuk blogger baru
- tips menarik follower
- tips untuk berada dalam bloglist blogger lain


Siap! berminat nak join, klik banner tu ye.. bukan gambar panda tu!

KB dapat tawaran berlakon! | Inovasi PMM ( JKM )

Minggu ini dan minggu lepas aku sibuk dengan persiapan Hari Inovasi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) di Politeknik Merlimau. Memang hari yang sangat meletihkan tapi memang meriah, ada macam-macam jenis produk dan mesin yang pelajar JKM buat.

Kumpulan aku ada 4 orang, kitorang buat 'rekabentuk dan fabrikasi paip keluaran mudah alih untuk pembuatan'. Produk utama ialah paip bercabang mudah alih, tapi kitorang tekankan jugak penghasilan aliran kerja untuk pembinaan produk ni. Pendek kata, kitorang buat mini kilang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan berjaya. Minggu depan group aku kena pergi satu lagi hari inovasi sebab kitorang menang tempat kedua dalam kos diploma teknologi pembuatan. Kitorang kena buat pembentangan di depan menteri pulak..Huh! ingatkan dapat rehat..


Cun tak banting ni? banting ni aku buat sendiri sebab nak jimat kos, group lain hantar kedai, tapi aku buat sendiri..hehehe.. biru wajib ada.. ikutkan hati aku nak letak panda banyak-banyak tapi nanti budak group aku hentak kepala aku kat banting ni pulak kang.

Minggu lepas aku dapat tawaran berlakon dan aku terima tanpa ambil sebarang bayaran..Baikkan aku.. ehem! nak tengok aku berlakon? jom layan video yang aku berlakon untuk projek ni.. Jujurnya, aku memang tak ada bakat berlakon sebab kerja aku asyik nak gelak je, susah tu beb nak buat muka penat + serius + toya! tapi berkat usaha murni aku, akhirnya aku berjaya buat muka seposen..

video


ok, aku jual paip bercabang yang memang ringan dan boleh dibawa kemana-mana dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.Produk ni sesuai untuk kegunaan pada majlis perkhawinan, kenduri, perkhemahan dan macam-macam lagi. Hanya dengan RM120!





berminat, contact nombor yang diberi dalam video tu ye..hehehehe..


p/s : next entri aku cerita projek group lain yang memang gempak!

Wahai blogger, bila nak maju?

Aku terfikir, sebagai seorang blogger kita perlu maju dan mencapai beberapa tahap dalam dunia maya ini. Tahap pertama ialah mencari follower, tahap kedua ialah mencari pembaca, ketiga pula meningkatkan trafik dan akhir sekali menguasai SEO.


Persoalannya, perlu ke seorang blogger melalui tahap-tahap ini?
Bagi seorang blogger yang serius dengan blog, jawapannya ialah ya! trafik memainkan peranan utama untuk meningkatkan pendapatan daripada syarikat iklan. Dalam permerhatian aku, ramai rakan-rakan blogger yang mula serius dalam blogging dan buat entri SEO. Kalau dulu dia buat entri santai-santai, tapi sekarang entri panas dan isu-isu semasa jadi pilihan.

Aku ?
Tak tahu di tahap mana, mungkin belum sampai tahap satu pun. Aku terlalu sibuk dengan kehidupan harian sampai mula terasa blog aku makin terpinggir. Terpinggir dari aku dan terpinggir dari blogger lain..Dalam senyap-senyap aku mencuri masa untuk baca entri di blog kawan-kawan.. Wah, ramai dah beralih pada entri SEO.. bagus!

Bagus sebab maju setapak lagi.. bersaing dan terus bersaing untuk mendapat UV yang tinggi.. Aku hanya tetap di sini melihat bilangan pengunjung yang sekata setiap hari.. tak ada UV yang melonjak naik, cukuplah pembaca setia yang sudi menjengah..

Blog kotak bulat.. tetap tentang aku, kau dan mereka..

Jaga mulut bila marah!

Sejak kebelakangan ni aku jarang nak marah-marah
sebab hidup aku sibuk dengan belajar
hari tu ada seorang manusia yang berjaya buat hati aku berasap

Berasap sebab dia biadap..
aku mintak resit bukti projek kawan aku, sebab kawan aku ni lemah lembut orangnya.. kena buli..
minah tu tak nak bagi.. aku paksa-paksa.. dia kata
" nanti aku bagi lah sial! "
kurang ajar dah tu bila dia memsialkan aku, apa aku kisah.. aku desak jugak dia, aku taknak dia buli kawan aku. Bila tertekan dengan aku yang masih menjaga kata ni, dia kata kat aku..
" apasal kau nak mintak macam cari gaduh, bukan hal kau pun kan. Jangan nak kurang ajar la!"
Eh, aku pulak yang dituduh kurang ajar

Senang je aku jawab.. aku balas..
" Sepanjang aku cakap dengan kau ni, ada keluar perkataan sial? ada aku maki kau?"

Terdiam dia.. Pendek kata..
Semarah-marah mana pun kau.. jaga perkataan yang keluar dari mulut tu..

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER

Ehemm.. blogger femes buat segmen ni.. gila apa kalau tak join? hahaha.. ok, dah join!

aku ni menaip lepas tu publish entri.. terima kasih pada yang singgah blog aku, aku mengaku jarang blogwalking sebab sedang sibuk dengan pelajaran.  Aku akan masukkan mereka yang selalu datang sini dalam bloglist aku, sekurang-kurangnya aku dapat singgah membaca entri walaupun tak komen.. aku jadi silent reader je sekarang ni..hehehe..
Terima kasih sebab tak jemu datang walaupun aku tak buat kunjungan balas.. 

Skytechbelog mencuri entri!

Ini pendedahan paling panas untuk tahun ini!
seorang blogger telah mencuri entri seorang blogger lain!  saksikan bukti yang aku temui.. Dia telah mencuri entri tentang Nokia N9 semalam..
Dah nampak? Terukkan.. Ehhh.. Kejap! cuba tengok waktu post.. siapa yang curi siapa? Teett..
hahaha, tak adalah.. kebetulan kitorang buat entri yang sama sebab dapat BE yang sama.. Lagi best dia ni jiran aku.. Ezad ni ada mintak nuffnang bagi dia BE nokia N9 ni.. Rezeki  agaknya sebab url feed aku menumpang kat blog dia.. jadi aku pun dapat BE nokia N9 ni jugak..

Ramai tanya berapa harganya kat Malaysia. Harga sekarang ni cepat jatuh kan, jadi tunggu murah sikit baru beli lah ye.. buat masa sekarang harganya RM1799 - RM2088

Teringin nak guna nokia N9

Aku pengguna setia nokia, sekarang aku ada dua handphone nokia. Aku tertarik dengan keluaran baru nokia iaitu Nokia N9.

Rekabentuk N9 yang sangat unik apabila tiada satu butang pun dibahagian hadapan seperti handphone yang lain. Nokia N9 mempunyai skrin AMOLED 3.9 inci tahan calar dan silau. Selain itu juga cerminnya agak melengkung khas direka untuk memudahkan jari anda menggelungsur. Pada aku reka bentuk N9 merupakan rekabentuk yang terbaik setakat ini dari Nokia terutama bentuknya yang sangat simple. Terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu Cyan, hitam dan meganta.


Oleh kerana N9 tidak mempunyai sebarang butang pada permukaan depan, ia hanya dikendalikan secara swipe samaada dari tepi, atas dan bawah terutama untuk melakukan pelbagai operasi atau bahasa gadgetnya multitasking. 3 menu utama terdiri daripada menu utama, multitasking menu dan life menu.

N9 menggunakan 1GHz Cortex A8 CPU serta 1GB ram yang pada pemerhatian aku merupakan spec yang paling tinggi daripada handphone Nokia yang sedia ada dipasaran sekarang. Daya tarikan yang lain ialah N9 dilengkapi kamera 8 megapixel yang mampu untuk merekod HD video.
  • General: GSM 850/900/1800/1900 MHz, UMTS 850/900/1700/1900/2100 MHz, HSDPA 14.4 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
  • Form factor: Touchscreen bar phone
  • Dimensions: 116.5 x 61.2 x 12.1 mm, 76 cc
  • Weight: 135 g
  • Display: 3.9″ 16M-color FWVGA (480 x 854 pixels) AMOLED capacitive touchscreen; Gorilla Glass, anti-glare polarizer, curved display, multi-touch input
  • Chipset: 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset
  • RAM: 1GB
  • OS: MeeGo OS, v1.2 Harmattan
  • Memory: 16/64GB storage, no microSD slot
  • Camera: 8 megapixel auto-focus camera with face detection, touch focus and geotagging; HD (720p) video recording at 30fps, LED flash, front facing camera, video-calls
  • Connectivity: Wi-Fi a/b/g/n, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 2.1, standard microUSB port, GPS receiver with A-GPS, 3.5mm audio jack, TV-out, NFC
  • Misc: Polycarbonate unibody, built-in accelerometer, proximity sensor, uses microSIM cards

Jangan Gemuk jadi alasan!

"Orang tak nak kawan dengan aku sebab aku gemuk"

Ada yang pernah kata macam ni atau dengar orang berkata macam di atas? Orang gemuk selalu merendah diri dan keyakinan diri berada di paras kosong! Aku ada seorang kawan yang berbadan besar (obesiti ), dia pernah meluah rasa pada aku di mana dia selalu di pulaukan tak kira di mana pun dia pergi. katanya dia sentiasa berseorangan malah tak ada lelaki pun suka pada dia.

Aku hanya mendengar dan terus mendengar, membiarkan dia meluahkan sebelum giliran aku untuk berkongsi pendapat. aku rasa kesihan pula bila dengar luahan hati dia. Mana ada orang yang tidak sedih bila diri sentiasa di pinggirkan bukan?

Aku faham apa yang dia rasa, ada seseorang pernah kata pada aku..
" kita perlu merasakan diri kita cantik, baru orang akan nampak diri kita cantik"
Betul apa yang dikata, kita perlu hargai diri kita terlebih dahulu sebelum nak orang hargai kita. Cari di mana kekurangan kita yang perlu diperbaiki. Jangan merungut dan mempertikaikan apa yang Allah kurniakan pada kita, bersyukur kita masih sempurna.

Dipinggir sebab gemuk.. mungkin ada segelintir yang memilih untuk berkawan dengan yang cantik tapi tetap ada yang tak memilih dalam berkawan. Kita hanya dipinggirkan bila orang sekeliling merasakan yang kita ni sombong atau berperangai buruk. Jujur aku katakan, golongan seperti ini dipinggirkan sebab sombong. Kena tegur dulu bila bertembung, kalau si kenalan tak menegur, kita pun buat tak kenal saja kan?

 Mungkin bukan niat kita nak sombong, cuma kita tak pandai nak bergaul dan memulakan perbualan. Tapi bagi orang yang tidak mengenali kita, mesti fikir kita ni sombong. Pendapat aku, ubah perangai tu.. Belajar berkawan kalau kita nak orang kawan dengan kita. Kawan ni bukan jatuh dari langit ye, kita yang kena mencari.

Orang gemuk tak ada lelaki/ perempuan yang suka..Selalu aku dengar ni, merendah diri sangat-sangat sebab tak ada lelaki yang suka. Perlu ke seorang kekasih? bukankah Allah telah menetapkan jodoh kita? sampai masanya nanti, kita akan bertemu juga dengan si dia. Sepatutnya kita bersyukur, bila kita gemuk.. perasaan kita tak akan dipermainkan oleh sang lelaki buaya kan.Lihat sekeliling, berapa ramai perempuan gemuk berkahwin?  biasanya perempuan gemuk kahwin dulu dari yang kurus kering ni, orang kata yang gemuk ni penyayang jadi sesuai di buat buah hati kan. 

Bila kita rasa kita cantik dan dalaman kita cantik, aura cantik tu akan menyerlah pada luaran kita.

Banyak lagi yang aku nak luahkan, tapi buat masa sekarang sampai di sini sahaja.. sekian terima kasih kerana membaca.

Teringin nak guna nokia N9

Aku pengguna setia nokia, sekarang aku ada dua handphone nokia. Aku tertarik dengan keluaran baru nokia iaitu Nokia N9.

Rekabentuk N9 yang sangat unik apabila tiada satu butang pun dibahagian hadapan seperti handphone yang lain. Nokia N9 mempunyai skrin AMOLED 3.9 inci tahan calar dan silau. Selain itu juga cerminnya agak melengkung khas direka untuk memudahkan jari anda menggelungsur. Pada aku reka bentuk N9 merupakan rekabentuk yang terbaik setakat ini dari Nokia terutama bentuknya yang sangat simple. Terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu Cyan, hitam dan meganta.


Oleh kerana N9 tidak mempunyai sebarang butang pada permukaan depan, ia hanya dikendalikan secara swipe samaada dari tepi, atas dan bawah terutama untuk melakukan pelbagai operasi atau bahasa gadgetnya multitasking. 3 menu utama terdiri daripada menu utama, multitasking menu dan life menu.

N9 menggunakan 1GHz Cortex A8 CPU serta 1GB ram yang pada pemerhatian aku merupakan spec yang paling tinggi daripada handphone Nokia yang sedia ada dipasaran sekarang. Daya tarikan yang lain ialah N9 dilengkapi kamera 8 megapixel yang mampu untuk merekod HD video.
  • General: GSM 850/900/1800/1900 MHz, UMTS 850/900/1700/1900/2100 MHz, HSDPA 14.4 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
  • Form factor: Touchscreen bar phone
  • Dimensions: 116.5 x 61.2 x 12.1 mm, 76 cc
  • Weight: 135 g
  • Display: 3.9″ 16M-color FWVGA (480 x 854 pixels) AMOLED capacitive touchscreen; Gorilla Glass, anti-glare polarizer, curved display, multi-touch input
  • Chipset: 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset
  • RAM: 1GB
  • OS: MeeGo OS, v1.2 Harmattan
  • Memory: 16/64GB storage, no microSD slot
  • Camera: 8 megapixel auto-focus camera with face detection, touch focus and geotagging; HD (720p) video recording at 30fps, LED flash, front facing camera, video-calls
  • Connectivity: Wi-Fi a/b/g/n, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 2.1, standard microUSB port, GPS receiver with A-GPS, 3.5mm audio jack, TV-out, NFC
  • Misc: Polycarbonate unibody, built-in accelerometer, proximity sensor, uses microSIM cards

gelisah tanpa dia

blog aku ni terasa macam ada kekurangan bila dia tak ada, rasa macam tak ceria.. pendek kata nak blogwalking pun tak semangat..hahaha..

maka aku luangkan sedikit masa untuk buat header baru yang simple saja, nampak kelainan header baru aku? kalau korang tahu apa bezanya pada header tu, jadi korang akan tahu apa yang aku gelisah bila dia tak ada. Ehemm.. perasan tak??

Selain tu, aku ada pasang balik shoutbox kat blog ni, jadi pada yang suka menyinggah tu, boleh tinggalkan jejak ye..

ok,
last sekali, aku ada buat segmen kat sini kalau berminat boleh join ye.. 

ada otak tapi tak guna

Sedang aku lepak dan bersembang dengan seorang kawan aku yang nerd (skema) kat kedai makan.

aku : kau kenal tak si mirul waktu sekolah dulu? semalam aku terserempak dengan dia.

Fizi : owh, yeke? kenal tapi malas nak ingat time sekolah, aku dah buang dah memori waktu sekolah ni.

Aku : Kenapa?

Fizi : dulu waktu sekolah aku kena pulau beb, orang tak suka kawan dengan aku.. sebab aku skema kot. nak berkawan pun aku memilih..sebab tu zaman sekolah paling aku tak suka.

Aku : habis sekarang?

Fizi : aku suka life aku sekarang, ada kawan-kawan best..

Aku : baguslah..

Fizi : dulu aku bila ngorat perempuan je, mesti dorang cakap aku terlalu baik.. tak sesuai untuk dorang. Sekarang aku dah terikut-ikut sikit member aku.

Aku : terikut-ikut macam mana?

Fizi : Dulu aku benci orang hisap rokok, sekarang aku dah hisap dah.. Sembahyang pun dah berlubang-lubang gak sebab asyik keluar jalan-jalan je..

Aku : huh! bodoh..

fizi : haaa???

aku : kau tu bodoh la gila.. otak ada tak nak guna..

aku suka tengok kawan-kawan berubah dari keburukan ke kebaikan, tapi aku tak suka bila kawan-kawan aku berubah dari baik menjadi teruk! terikut kawan-kawan? come on beb! aku pun berkawan jugak, mana yang baik ikut lah.. yang buruk janganlah ikut.

lu ada otak kan, gunalah!



p/s : kasar? aku orang melaka beb.. ni pun aku dah tapis perkataan.. hehehe

Panda comel | WW |

kalau ada kat kedai, aku sanggup beli lah!

suara baru bangun tidur - manja

Ramai orang kata.. orang yang kata,bukan aku kata..
suara masa kita baru bangun tidur adalah saat suara paling manja. Betul ke? Cuba tanya kat arulchelsea.. betul ke tak? hahaha..

ok, mengikut kajian.. memang ramai kekasih suka bercakap atau menelefon si buah hati pada awal-awal pagi sebab suara si perempuan yang tengah mamai-mamai lagi tu kedengaran manja. Kenapa suara boleh menjadi lain bila kita baru bangun tidur di awal pagi?  adakah sebab penat berdengkur maka suara berubah atau kuantiti air liur basi mempengaruhi perubahan suara?

Persoalannya..benarkah suara perempuan baru bangun tidur manja?

ada dua situasi..

1. Pakwe milah suka telefon milah pagi-pagi dan kejutkan milah. Memang automatik bila baru bangun tidur dan bergayut dengan pakwenya, suara milah akan jadi manja a.k.a gedik yang amat sehingga boleh membuatkan teman sebilik muntah darah kalau mendengar!

2. Jenab pula, bila pakwe dia telefon untuk kejutkan masa dia tengah tidur.. perkataan pertama keluar dengan kasarnya ialah..
" Kau nak apa telefon pagi-pagi ni ?!"
dia jadi baran dan panas hati bila tidurnya diganggu.. tak ada suara manja pun..

kesimpulannya tak semestinya suara perempuan akan jadi manja bila baru bangun tidur.. mungkin segelintir sahaja macam tu dan selebihnya tak suka tidurnya diganggu oleh bunyi telefon.. Korang macam mana?

aku kalau baru bangun tidur, suara macam orang tengah sakit.. ehemm

seluar dalam punca kemalangan

Tahukah korang bahawa seluar dalam (spender) boleh menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya? mungkin sudah ada banyak kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh seluar dalam. Memang membahayakan!

Tahu seluar dalam tu apa? Gila kalau korang tak tahu.. tarik seluar, tengok kat dalam seluar.. itulah seluar dalam..

Kenapa aku kata seluar dalam salah satu punca kemalangan?
 masa aku dalam perjalanan balik ke merlimau tadi, sedang aku menghayati permandangan hijau ladang kelapa sawit. tiba-tiba aku ternampak sesuatu pelik atas jalan raya, jadi aku perhatikan benda tu.. Seluar dalam perempuan atas jalan raya! warna merah pulak tu..errr.. secara automatik aku terpikir, macam mana benda alah tu boleh ada atas jalan raya tengah-tengah kelapa sawit? siapa punya? terkencit dalam seluar ke sampai kena buang atas jalan raya?

Tengah best aku berpikir, aku tak perasan motor aku menghala ke sisi jalan. Peh, nasib baik aku tak tebabas kat tepi jalan tu. kalau tak mesti aku tergolek-golek dan tak dapat tulis entri ni.. paling menakutkan, tak pasal-pasal nanti aku keluar dalam surat khabar.
" seorang penunggang motosikal kemalangan disebabkan spender"

Sampai sekarang aku pikir macam mana benda tu ada kat jalan tu,
Jadi kesimpulannya..
spender boleh buat kita hilang fokus masa bawa motosikal dan kehilangan fokus semasa menaiki motosikal boleh mengakibatkan kemalangan.

Jom tambah trafik blog!


menarik!!!
nak tingkatkan trafik blog? tekan sini untuk tingkatkan trafik!


shraing is caring right..

Jawapan kepada soalan korang! #2

Dah baca sesi soal jawab pada entri aku yang sebelum ni? kalau belum dan banyak masa lapang, bacalah kat entri SINI. tak sangka aku yang korang semua tanya aku soalan kelakar..hahaa.. tapi aku tetap akan jawab ye..

15. KB dah kawen ke? - sutera kasih
-aku muda lagi lah, belajar pun tak habis..hehehe..

16. KB suka makan apa? -sutera kasih
- Err.. mencabar soalan ni.. makanan ye.. patut tanya aku tak suka makan apa la.. kalau tanya suka makan apa, susah nak jawab.. Aku tak suka Asam Pedas.. yang lain ok je aku telan.

17. KB kenal tak blog saya sebelum ni? sutera kasih
Of course la!

18. macam mana cara untuk dapatkan idea untuk buat entri2 yang best dan menarik.?asniaziz
hurmm.. (pikir)
cara nak dapatkan idea- ikuti perkembangan semasa.
kalau blog personal - perhati dengan teliti setiap perkara yang menarik berlaku sepanjang hari, tu pun boleh di jadikan bahan perkongsian.
- untuk buat entri best pulak, taip seolah-olah korang tengah bercerita pada kawan-kawan dan bukanlah buat karangan.

19. KB bila nak kawin? -josrevalution
- bila putera raja jatuh tergolek dari langit pinang aku, aku kawin lah ye.. (sila jangan percaya)

20. Kak bui tanya, kenapa tak join segmen kak bui?ini blog bui
Errr...ye tak ye jugak kan.. maaf kak bui.. sebenarnya kb asyik tangguh je.. tu yang terlupa, tapi blog kak bui ada dalam bloglist kb ye..

21- kenapa keberatan letak gambar sendiri dalam blog?msredcheesecake
sebab tak nak orang kutuk kotak bulat ni tak cantik.. jadi untuk elak orang dapat dosa mengata, maka tak letak gambar..tapi kan, ada je dulu-dulu punya entri..ada gambar kb..

22- apa no IC? msredcheesecake
soalan paling senang ni.. no ic aku ye..
ni dia - 9***********

23. nama penuh kotak bulat apa?u-mie
-kotak bulat binti bujur..
hahahha.. ok, nama aku Nurul Nazihan

24- nama ayah apa?hanif
apa punya soalan laa... tak pe, aku jawap.. Dia..Mohd Ali

25- KB asal negeri mana?anamizu
melaka..meh la datang ye.

26- Gadget pe yang kb ada sekarang?anamizu
ada laptop, handphone nokia.. pendrive, ada calculator saintifik gak tau err..gadget gak ke tu? hahaha..

27- Apa impian kb selama ini? -kancil8349
Impian ye..dulu masa kecik-kecik ada impuan tapi dah lupa.. sekarang impian aku nak kaya dunia akhirat..lalala~

28- Ciri-ciri yang kb suka untuk dijadikan suami -kancil8349
Jauh lagi ni untuk fikir.. ciri-ciri ye.. orang tu mestilah bukan kera sumbang yang tak boleh nak bergaul dengan orang lain.. paling penting dia mesti sayang aku lebih dari aku sayang dia. tapi sampai sekarang aku tak tahu macam mana nak ukur.. =.='

29- Kb Baru putus cinta kan, berani tak nak bercinta lagi?  -wanie
- jujurnya aku bukanlah seorang yang akan duduk terperuk tepi almari dan menangis disebabkan kecewa cinta, cinta ni tak penting pun selagi belum sampai masanya, jadi aku selesa single sekarang..lagipun saham jadi tinggi pulak masa single ni..pelikkan?  ok, pendek kata aku tak kisah bercinta lagi tapi aku suka single.

30- apa pendapat kb tentang cinta sejati, wujud ke? -msredcheesecake
- Emm.. susah nak jawab ni.. sampai masanya setiap manusia akan mendapat cinta.. terpulang pada kita je macam mana nak menjaganya, bila Allah tetapkan itu jodoh kita dan kita berkhawin dengannya, jaga cinta itu umpama dia cinta sejati kita sebab rasanya tak boleh dinilai samada cinta itu sejati atau tak..

31- suka duka sepanjang berblogging? -yayath
blog ni baru 5bulan kot.. suka duka ye.. bila duit naik, suka lah.. bila orang dapat blog ni pun aku suka.. duka pulak.. bila..aku sudah tiada.. (lagu hujan pulak)


ok.. tu dia 31 soalan yang aku ambil dari entri jom tanya kotak bulat , ada lagi yang nak bertanya? boleh tanya kat entri ni.. kalau pasal blog pun, aku sudi kongsikan ok..

Jawapan kepada soalan! #1

semalam aku ada buat entri yang membuka peluang kepada mereka yang nak bertanya pada aku kan.. sekarang aku akan sertakan soalan dan jawapan.. semua jawapan adalah benar dan tidak menipu.. ehemmm..

1. KB sihatt? EyqaLuvender 
 - Sihat.. alhamdulillah..

2. Pakwe KB nama apa? - soliciousstorynory
 - KB takde pakwe..maka takdelah nama..hehehe

3. KB laki ke perempuan? -aimie amalinaazman
 - of course la perempuan..ehemm..

4. orang panggil kb apa? -fathiah hamim
- kat dunia luar ke? orang panggil jihan.

5. Bela panda sebagai binatang peliharaan ke? -fathiah hamim
- Err... mana nak simpan panda tu? tentulah tak..

6. adek beradik ada berapa? -fathiah hamim
- 3 saja.. sorang laki, dua perempuan

7. Kau rasa kau comel tak? -fathiah hamim
- orang kata aku sedap mata memandang, ayu dan manis orangnya..lalalaa~~

8. Jejaka pilihan kb yang macam mana ek? -bro ahmad
- emm.. terima aku seadanya.. dan menyayangi aku lebih sikit dari aku sayang dia.. (ada ke?)

9. KB ping entri kat mane yek? - bro ahmad
- Ping kat tempat biasa orang ping.. kat facebook, busuk, fanpage.. kb tak banyak masa nak ping blog.. jadi kb ping kat facebook je sekarang.

10- knape lman web gotchic ade kat traffic source blog sye kb??lman web xxxx pn termsuk,knape blog sye bleh terbclink ngan website plik2?? - speakersekolah
-tak berapa tau sangat.. tapi setahu kb, tu mungkin sebab kita ada guna widget auto ping.. harap yang lebih tahu boleh membantu..


11- Kenapa kotak bulat? -bukan retiskizmyself , sesedaporen
-panjang ceritanya ni.. ok, aku cerita ye.. masa aku sedang mencari-cari nama blog ni. aku tengah terlentang pandang siling bilik. bilik aku bentuknya macam kotak. maka disitu aku dapat nama kotak. Bulat pulak.. sebab masa aku nak on laptop aku, aku pandang screen laptop dan nampak muka aku..aku perasan muka aku memang bulat.. maka datanglah kotak bulat disamping mencari nama yang unik untuk blog ini.


12- sebelum ni kb pernah bercinta eh? -Eida arina
- pernah.


13. Sebulan berapa banyak kumpul duit nuffnang - acik
- segan nak jawab.. ehemm.. sebulan tak tau lah.. tapi dalam 5bulan blogging ni, baru dapat RM103.69 sen.. (check nuffnang tadi) dua lagi BE tengah berjalan. Blog kb ni trafik tak tinggi, jadi sila jangan gelak atau ejek ok.. 


14. apa punca putus cinta baru-baru ini? - diana rashid
- ini.. terlalu peribadi..biarlah rahsia ye..hehe




da panjang ni.. soalan seterusnya akan dijawab di next entri ye.. hehehe.. bagi yang nak bertanya lagi, boleh tanya pada entri aku kat sini

Jom tanya kotak bulat

ehemm... malam ni aku takde idea nak menulis tapi aku nak buat entri jugak.. aku ada idea, aku benarkan korang tanya aku apa saja soalan dan aku akan jawab pada entri seterusnya sambil backlinkkan ke blog korang yang bertanya.. paham?

pendek kata, korang tanya aku apa saja pun kecuali yang lucah-lucah ok.. aku akan jawab dengan jujur dan ikhlas.. kemudian soalan korang tu akan aku buat satu entri sambil link kan ke blog korang.. mudah kan?

ehemmm.. batuk pulak...

Soalan Bangang Yang Buat Orang Bengang !!

Soalan Bangang Yang Buat Orang Bengang !! mesti korang pernah di tanya dengan soalan-soalan kat bawah ni kan, jom layan jawapan untuk soalan-soalan merepek ni..




1)Bile orang nampak kau baring tutup mate:

S: kau tidur ke?
J : tak la,aku training macam mane nak mati nanti.



2)Imagine kau bawak tv ko yang rosak jumpa technician suruh repair,die mesti tanye gak:
S: nk repair tv ke?
J: tak la,aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan-jalan.



3)Time kau bangun tido, terus si bodo tanye kau:
S: ko da bangun?
J: ish,aku tengah tido sambil jalan la bodo



4)Kwn kau call telefon rumah kau:
S : mane kau?
J : sini, kt bus stop!!! 



5) kau tengah sidai baju kat luar rumah, tiba-tiba jiran kau lalu
S: Sidai baju ke?
J : Tak lah, tengah baring-baring je.


6) kawan kau nampak kau tengah duduk sambil tengok tv
S : tengah tengok tv ke?
J : tengah makan la bongok..


7)Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah:
S: kau baru mandi ke?
J: mana ade,aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

8)Kau di dalam toilet,pintu berkunci,ade gak orang ketuk pintu dan tanye:
S: ada orang tak?
J:( *Suare Kiut* ) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!!bikin panas itu.



sumber: facebook