Teringin nak guna nokia N9

Aku pengguna setia nokia, sekarang aku ada dua handphone nokia. Aku tertarik dengan keluaran baru nokia iaitu Nokia N9.

Rekabentuk N9 yang sangat unik apabila tiada satu butang pun dibahagian hadapan seperti handphone yang lain. Nokia N9 mempunyai skrin AMOLED 3.9 inci tahan calar dan silau. Selain itu juga cerminnya agak melengkung khas direka untuk memudahkan jari anda menggelungsur. Pada aku reka bentuk N9 merupakan rekabentuk yang terbaik setakat ini dari Nokia terutama bentuknya yang sangat simple. Terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu Cyan, hitam dan meganta.


Oleh kerana N9 tidak mempunyai sebarang butang pada permukaan depan, ia hanya dikendalikan secara swipe samaada dari tepi, atas dan bawah terutama untuk melakukan pelbagai operasi atau bahasa gadgetnya multitasking. 3 menu utama terdiri daripada menu utama, multitasking menu dan life menu.

N9 menggunakan 1GHz Cortex A8 CPU serta 1GB ram yang pada pemerhatian aku merupakan spec yang paling tinggi daripada handphone Nokia yang sedia ada dipasaran sekarang. Daya tarikan yang lain ialah N9 dilengkapi kamera 8 megapixel yang mampu untuk merekod HD video.
  • General: GSM 850/900/1800/1900 MHz, UMTS 850/900/1700/1900/2100 MHz, HSDPA 14.4 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
  • Form factor: Touchscreen bar phone
  • Dimensions: 116.5 x 61.2 x 12.1 mm, 76 cc
  • Weight: 135 g
  • Display: 3.9″ 16M-color FWVGA (480 x 854 pixels) AMOLED capacitive touchscreen; Gorilla Glass, anti-glare polarizer, curved display, multi-touch input
  • Chipset: 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset
  • RAM: 1GB
  • OS: MeeGo OS, v1.2 Harmattan
  • Memory: 16/64GB storage, no microSD slot
  • Camera: 8 megapixel auto-focus camera with face detection, touch focus and geotagging; HD (720p) video recording at 30fps, LED flash, front facing camera, video-calls
  • Connectivity: Wi-Fi a/b/g/n, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 2.1, standard microUSB port, GPS receiver with A-GPS, 3.5mm audio jack, TV-out, NFC
  • Misc: Polycarbonate unibody, built-in accelerometer, proximity sensor, uses microSIM cards

7 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Eera Shera said...

nak jugak...

Yanaa said...

adoiyaa!!! comel nya..alamak!!! atie dh terbekenan nie...xD

Anonymous said...

waaa...cantik2.mau wana magenta.agak2.around bape hrga die eh?

syuxer said...

owh..syuk takde ilmu mengenainya tapi pada pandangan syuk, amat ok N9 neh lengkap dengan kemudahan terkini..

bagi syuk neh..buat panggilan,terima panggilan,hantar sms dan terima sms je hehe maklumlah veteran kot hahaha

Unknown said...

alahai,, terasa nak beli jugak.. tapi buat masa ni tak termampu lagi. hehehe

Anonymous said...

cantik telefon tu,, teringin jugak rasanya~

Unknown said...

lini pernah wat entry ni...mmg teringin nk N9 nie...insyaallah hujung thn nie nk sambar 1 warna pink

Post a Comment