Kenapa perlu jaga percakapan depan anak?

Anak (kanak-kanak) mudah mengikut apa saja perlakuan dan perkataan yang di buat oleh orang tua dia. Jadi, orang yang dah ada anak tu kenalah jaga tutur kata depan anak-anak. Betul tak?

Hari tu ada budak yang umurnya dalam 3-4 tahun datang kat caltex beli barang dengan maknya. Dia bahasakan diri nya saya. Contoh ayat dia guna hari tu. "Mak, saya nak coklat tu boleh tak?"
Sangat comel ok! aku tengok maknya cakap pun lembut je kat anaknya. Maybe dia memang ajar anaknya gunakan saya.

Ada lain cerita pulak, sorang budak umurnya dalam 3-4 tahun jugak. Datang beli barang dengan maknya. Budak tu nak gula-gula tapi mak dia tak bagi. Korang teka apa budak tu kata?
dia kata kat mak dia. " Ish, itu pun tak boleh, geram betul aku!"

Aku yang mendengar ni macam tergamam, budak kecik boleh cakap macam tu kat mak dia! ni mesti terikut-ikut orang sekeliling ni.

Sebab tu lah parent kena kawal percakapan depan anak-anak. Dorang ni mudah berlajar dari apa yang dorang lihat dan dengar. Betul kan?

16 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Unknown said...

ANAK2 MMG MUDAH TERIKUT PERANGAI IBU BAPA..TP KDG2 DIA ORG BELAJAR DR SEKOLAH JUGAK..TERIKUT2 PERANGAI KAWAN2..

Qhaifa Nur said...

bila dah berjumpa dengan rakan bahasa turut berubah (kasar,) itupun mesti dipantau....

Daddylicious said...

nanti dibalas semula kepada kita...naya!

cik ika said...

budak2 memang mudah terpengaruh gn sekitarnye..

hana said...

ish..
budak2 ni mudah ikut..
kena ajar bnde elok la..

Hidayu Bolia said...

kdg2 sikap anak2 yang kecik ni menggambarkan siapa ibu dan ayah dia...

:)

najihah sahami said...

yepp!btol!anak-anak kalau ajar dari kecik insyaAllah senang ikut. kalau dah tua bangka baru nak marah cakap tak senonoh apa semua..alamatnya...xdpt le.

Unknown said...

Ya Allah kuang ajaq..! xmo lah anak aku nty jd cmtu

[sutera kasih] said...

anak2 meniru apa yg parents dorg tunjukkan huhu

Belog Sambal Belacan said...

kdg2 de certain belah negeri yg dia pnggil diri dia 'aku' kt mak dia.

masa SB study dlu,de bdk dr perak, dia tepon mak dia, pastu SB dgr dia ckp dgn mak dia 'aku', memang terkejutlah SB ms tu dgr. pastu SB ckpla, eh ko pnggil diri ko aku jer kt mak ko.

pastu dia jwb knp??? nmpk kurng ajar erk, pastu dia kata eh belah2 keluarga kita di perak bajau klu pnggil aku tu mmg sopan cm pnggil sy gak.mmg tkjt jugak ms tu..huhuhu

tp dlm kes ni tak tahu, tp SB klu dgr budak pnggl aku kt parents mmg rs nk penampor jer..:

Anonymous said...

betul tu KB. apa yang orang tua buat, anak2 dia pon nak ikut. contoh, kalo ibu dok menjahit baju, dia pon nak menjahit gak. hee~

p/s : jagalah tingkah laku :)

Careila said...

Betul tu..lagipun memang budak2 cepat belajar...
salam sua kenal..hidden follow sini..:)

Unknown said...

betul tu.. budak kecik ni cepat sikit dorang tangkap ape yg kita cakap

paridah said...

bahasa jiwa bangsa...xrugi berbahasa molek2...

Sayidah Nafisah Ruslan said...

yg bahasakan diri saya tu memang comel.. tapi lagi suka kalau budak tu bahasakan diri dengan nama nya.. lagi comel :)

Hanie Dew said...

kaaann...mereka masih suci, apa yg mereka dgr dan lihat itu la yg tercorak kat minda.

Post a Comment