Semakin hampir masanya

Pejam celik pejam celik, akhirnya tak sampai sebulan lagi aku nak mulakan hidup sebagai student lagi sekali..  6 bulan aku jadi seorang pekerja.. Betul lah cakap orang, bila dah sedap kerja memang rasa sangat-sangat malas nak sambung belajar.. Enam bulan lepas aku rasa sangat-sangat tak sabar nak sambung belajar tapi sekarang aku rasa sangat-sangat berat hati lah pulak.. Adoiyai.. sengal je kan?

Masa pulak jalan makin laju je, kejap dah nak sampai bulan 9.. Harapnya kehidupan sebagai student nanti lebih baik daripada sekarang lah ye.. Insyaallah..

Hari ni aku cuti sebab nak pergi buat medical check up dan ambil aku punya result muet kat politeknik.. Banyak lagi ni yang aku kena buat.. Adoiyai.. Aku kena beli nombor pin ptptn kat bsn pulak.. Sempat ke nak siapkan semuanya hari ni??