Pengalaman sebagai pelajar baru di Universiti

Assalamualaikum dan selamat petang!

Alhamdulillah sudah selamat seminggu aku berada di Universiti Tun Hussien Onn dan segalanya berjalan dengan lancar. Dah lama rasanya aku tak update blog ni sebab sebelum ni aku sangat sibuk dengan kerja dan sekarang sebagai student, aku rasa aku akan banyak masa.. hahahaha...

Ok, aku nak share sikit pengalaman aku masa jejak kaki kat sini. First of all, aku sangat takut dan banyak kali gila aku cakap dekat mak aku yang aku nak balik rumah je. Kaki dah sampai dalam bilik asrama pun aku tetap cakap aku nak balik! hahaha.. gedik wei..

Lepas angkut barang masuk dalam bilik ( hari ahad) aku pun tidur bagi relaxkan badan sebab petang nanti nak mula minggu haluan siswa.

Minggu haluan siswa ni berjalan selama 7 Hari dan ini bermakna aku tak dapat nak balik rumah hujung minggu ni kan. Aku dah rindu gila kat parent aku, kat katil aku terutamanya sebab minggu ni aku tak cukup tidur. Sehari tidur dalam 2-3 jam je.

Perangai aku kat politeknik dulu adalah sedikit sebanyak terbawak jugak ke sini.. Perangai apa? Bersiap last minute.. hehehe..orang ramai dah mula naik bas, aku baru nak keluar bilik. hehhee.. Pukul 6.30 pagi dia suruh dah ada kat cafe dan siap makan, pukul 6.30 tu lah aku baru nak keluar bilik.

Majoriti pelajar baru kat sini baru berumur 19 dan 20 tahun, hanya beberapa orang aja yang dah 22 or lagi tua. Bila orang tanya umur aku.. aku dengan selamber jawab.. " 20!" hahahahha...

Semalam hari pertama masuk kelas dan seriously, memang pening kepala dengan keadaan kat sini yang tak sama macam poli. Kalau kat poli dulu kita selalunya di suap je, tapi kat sini semuanya kena gerak sendiri.

Aku pulak ex-dip, jadi aku banyak transfer kredit.Kiranya aku macam terapung lah, masuk kelas ikut jadual yang aku dah buat. Masa daftarkan khusus, aku tak tahu yang pilihan seksyen boleh ubah jadual. Maybe ada yang pernah terangkan tapi aku yang tak paham.. Nasib baik kawan-kawan ex diploma kat sini semuanya bersatu hati, jadi kitorang sama-sama selesaikan bila ada problem.

Tapi bila dah masuk belajar ni, aku rindu lah kawan-kawan masa kat politeknik dulu..